Tuesday 1 November 2011

CHEL53A


Tried to change my password on Facebook to "chelseadefence." The server said it was too weak.

Wednesday 26 October 2011

Moyang Ko Beri Nama !!!

alhamdulillah..setelah dipaksa berbillion-billion kali oleh bos gua (amar wilshere), akhirnya terdetik jugak ati gua untuk mencurahkankan sekelumit idea dalam blog niih..besala..idea gua niih umpama Steve Jobs, CEO Apple Inc. yg menghasilkan iphone dan ipad yg berjaya mencipta satu evolusi dalam teknologi. nilah gua..pantang diberi peluang, suma gua nk cita..ilmu penuh didada kan..tauk ja ak kt mn2..mesti subur pny la tempat tuh..

berbalik pada cita pasal bola, gua x mau cita pown pasal permainan bola, analisis, taktikal, teknikal, praktikal..bosan laa..untuk entry kali ni..gua nk kait kn nama pemain bola sepak dengan makna yang tersirat di sebalik nma depa..haha..contoh dia camnilla..nama azim bermaksud yang mulia..zulfadhli pulak yang mempunyai kelebihan dan amar lebih kepada amar makruf nahi munkar..dibawah ini adalah senarai2 pemain yang terpilih :

1. Pemain paling suka meludah di padang = Florent Malouda 2. Pemain paling suka lepat = Frank Lampard 3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga 4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari 5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong 6. Pemain bolasepak yang juga kawan baik Batman = Robin ho 7. Pemain bolasepak yang juga ma...cam Batman = Mathias Kezman 8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour 9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola 10. Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche 11. Pemain yang selalu terluka di padang = Luka Modric & Luca Toni 12. Pemain yang luka dan kaku = Romelu Lukaku 13. Pemain bolasepak dan pelajar sekolah = Paul Schooles 14. pemain yang selalu buat jerat = Steven Gerrard 15. Pemain yang suka skodeng = Scott Dann 16. Pengurus paling buas = Andreas Villas Boas 17. Pemain yang asyik berfikir = Gerard Pique 18. Pemain yang tanam kayu balak = Micheal Ballack 19. Pemain yang air liurnya selalu meleleh = Raul Meireles 20. Pemain yang suka menoreh = Fernando Torres 21. Pemain yang suka makan kunyit = Dirk Kuyt 22. Pemain yang suka tengok benda lucah = Lucas Leiva 23. Pemain yang suka tengok tom-tom bak = Tom clevely 24. Pemain yang suka bermain anak patung = Gareth Bear 25. Pemain yang suka solo = Xabi Alonso 26. Pemain yang berseluar = Alvaro Arbeloa 27. Pemain yang jahill = Tim Cahill & Gary Cahill 28. Pemain yang bernama perempuan = HiguAIN & RosNANI 29. Pemain yang selalu fouls = Jermain Defoe 30. Pemain yang dalam game Super Mario = Mario Gomez 31. Pemain yang menjadi pelacur = Darren Fletcher 32. Pemain yang suka makan kuih pau = Paul Scholes 33. Peamin yang poyo = Carlos Puyol 34. Pemain yang makan strawberry = Gareth Barry 35. Pemain yang bernama saharudin = Luis Saha 36. Pemain yang selalu makan penaldo = Cristiano Ronaldo 37. Pemain yang masuk hospital = Andres Iniesta 38. Pemain yang paling seksi = Lionel Messi 39. Pemain yang mempunyai kenderaan van = Van Persie 40. Pemain yang menyetelkan kes mahkamah = Martin Skrtel 41. Pemain yang berjuang untuk mendapatkan mata = Juan Mata 42. Pemain yang selalu cool = Ashley Cole 43. Pemain yang dah berkarat = Adel Taarabt 44. Pemain yang suka kasi gol = Iker Kasillas 45. Pemain yang guna syampu babyjohnson = Adam Johnson 46. Pemain yang mempunyai Syarikat = Vincent Kompany 47. Pemain yang pakai bra = Evra 48. Pemain yang paling kecil dalam dunia = Chris SMALLing 49. Pemain yang bolos 6 gol dan memakan donat = David De Gea 50. Pemain bolasepak dan penjual burger = ? Pemain mana pilihan anda? haha

Bila Bekas Player Man United Bersuara


"Hehe. Nasib baik la gua dah chow dari Man U. Kalau tidak, gua pun kena paku."



"Betoi tu Beckham. Gua setuju."



"Hahahahahaha.. Aku pun setuju jugak."



"Err.. Lu pehal Tevez. Lu tau dak lu tu sampah kat Manchester?"



"Ehh.. Awat lak boleh jadi camni. Kecik ati aku."


Tuesday 25 October 2011

Rekod Hebat Arsenal.

pasukan hebat Epl, Arsenal sememangnya hebat dengan sejarah lampau..

nk tahu kenapa???

baca fakta ini...

kemenangan eh silap, kekalahan terbesar arsenal semenjak meriam dimasukkan dlm logo mereka.

Biggest AFC home defeat overall
0-6 (Derby County (h) 28 Jan 1899 FA Cup 1)

Biggest AFC away defeat overall
0-8 (Loughborough Town (a) 12 Dec 1896 Lge Div 2)

Biggest AFC home defeat in the League
0-5 (Liverpool (h) 28 Oct 1893 Div 2)

Biggest AFC home defeat in Top Division
0-5 (Huddersfield Town (h) 14 Feb 1925 Div 1)

Biggest AFC away defeat in the League
0-7 (West Ham Utd (a) 7 March 1927 Div 1)
0-7 (Newcastle Utd (a) 3 Oct 1925 - Div 1)
0-7 (West Brom (a) 14 Oct 1922 - Div 1)
0-7 (Blackburn (a) 2 Oct 1909 - Div 1)

Biggest AFC home defeat in Premiership
1-4 (Chelsea May 10 2009)
0-3 (Coventry City 14 Aug 1993)
0-3 (Middlesbrough 14 April 2001)
2-4 (Charlton Ath 4 Nov 2001)

Biggest AFC away defeat in the Premiership
2-8 (Manchester Utd 28 Aug 2011)

Biggest AFC home defeat in all Euro competitions
2-5 (Spartak Moscow 29 Sept 1982 - UEFA Cup (1))

Biggest AFC away defeat in all Euro competitions
0-3 (Shakhtar Donetsk 7 Nov 2000 - UCL Grp Stage 1)
1-4 (Spartak Moscow 22 Nov 2000 - UCL Grp Stge 2)
1-4 (Barcelona, 6 April 2010 - UCL Quarter-FInal second leg)

Biggest AFC home defeat in UEFA Champions League
0-3 (Inter Milan 17 September 2003 - UCL Group Stge 1)

Biggest AFC away defeat in UEFA Champions League
0-3 (Shakhtar Donetsk 7 Nov 2000 - UCL Grp Stage 1)
1-4 (Spartak Moscow 22 Nov 2000 - UCL Grp Stge 2)

Biggest AFC Wembley defeat in UEFA Champions League
2-4 (Barcelona 19 Oct 1999 - UCL Group Stge 1)

Biggest AFC home defeat in FA Cup
0-6 (Derby County (h) 28 Jan 1899 FA Cup 1)

Biggest AFC away defeat in FA Cup
1-6 (Burnley (a) 1 Feb 1896 FA Cup 1)

Biggest AFC home defeat in League Cup
0-5 (Chelsea (h) 11 Nov 1999 Lge Cup 4)

Biggest AFC away defeat in League Cup
0-4 (Blackburn (a) 11 Dec 2001 Lge Cup 5)

Biggest home defeat under Arsène Wenger
0-5 (Chelsea (h) 11 Nov 1999 Lge Cup 4)

Biggest away defeat under Arsène Wenger
1-6 (Manchester Utd (a) 25 Feb 2001 Lge)

kekalahan 6-1 adalah kekalah pertama dalam karier alex ferguson, sebaliknya Arsenal Wenger telah biasa ngn kekalah terbesar..

"ala, bolos banyak,?? rileks r" jack wilshere bersuara....

"saya kenal pemain saya dan saya akn memberi masa utk mereka membuktikan kehebatan mereka".. kata wenger pd tahun 2005..

"setelah meninggalkan Highbury, Arsenal terlupa membawa aura kejuaraan, sebab tu saya blah" henry..

"walaupun birmingham bermain utk championship, namun mereka berjaya meraih satu kejuaraan, tp saya yg lama kt arsenal... x tau la" kata hleb.


"duk arsenal saya menang piala emerates saja, tu pn team x ramai bertanding, klau x... dh saya malas nk sambung,. puiiii.... Saya main utk barca lak, x sampai sebulan dh menang 2 piala berprestij.." hambur cesc fabregas di kedai tomyam..


p/s: utk fans arsenal, nk borang tukar club x?? newcastle n man city memerlukan anda... x kalah g tu..

Man United Kalah, Pak Najib Kecewa


Ramai peminat bola sepak Inggeris gembira melihat Manchester United diperbudak-budakkan oleh Manchester City 1-6 di laman sendiri.

Kebanyakkan yang gembira adalah dari kalangan peminat iaitu Chelsea, Liverpool dan Arsenal dan bukannya dari kalangan peminat Manchester City.

Tapi, sejak peristiwa kekalahan, ramai pulak yang mengaku fans sejati Manchester City sejak dulu lagi.

"Kawe dulu minak Klate. Tapi, doh Klate kaloh Piala Malaysia. Kawe sero nok sokong Man City pulok deh!" kata seorang kawan saya yang hanya mahu dikenali sebagai Pokjak.

"Aku pulak tak macam dia ni. Aku sokong Man City dari aku kecik sampai la aku besaq. Idola aku semestinya Mario Butatuli dan Sergio Ramos (tersilap sebut, sebenarnya Sergio Aguero.)" seorang lagi kawan saya bernama Zultaib cuba menyampuk.

Kekecewaan fans Man United bertambah lagi apabila mereka mendapat tahu bahawa Pak Najib juga turut serta menonton perlawanan tersebut. Malah, dia juga turut mengajak orang ramai menonton dan menikmati 'kehebatan' Man United di kediaman beliau.


"Saya kecewa Man United kalah besar. Tapi, saya lagi kecewa bila dapat tahu Pak Najib turut tengok game malam tu. Ni suma Najib punya pasal!!!" luah seorang mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Ojak dengan nada kecewa.

Apa-apa pun, budak yang bersalam dengan Pak Najib ni memang terbaik. Beliau nampaknya sedang menganjing Pak Najib.


"Abang Jib, kalau abang Jib jerit SATUUUUUUU!!! Saya akan jawab ENAAAAMMMM!!!!!"

Wednesday 5 October 2011

Arsenal Is Love

Walaupun maruah terguris, Arsenal tetap di hati.


Season depan, kita taruh nama Frimpong lak.

Tuesday 4 October 2011

North London Derby Lagi

Entry Notteta tentang fakta North London Derby memang menarik. Tapi Notteta terlupa tentang fakta yang sememang menarik.

Emmanuel Adebayor bekas superstar Arsenal yang kini menjadi dajey, telah menjaringkan 8 gol dalam 9 perlawanan North London Derby. Dan semua gol beliau ketika bersama Arsenal dulu. Ketika perlawanan Spurs vs Arsenal tempohari, Adebayor tidak menjaringkan gol pun. Nampak sangat la Spurs ni memang 'sial.'



Adebayor, gembira kerana tidak menjaringkan gol menentang bekas kelabnya. Kata beliau, 'penat la nak skor gol lepas tu kena lari setengah padang nak celebrate depan fans Arsenal. Cibai! Penat taw!'

Monday 3 October 2011

Sebelum Dan Selepas North London Derby

Ok. Sebenarnya aku nak post tentang North London Derby sebelum game ni bermula lagi. Tapi akibat kesibukan duniawi yang melampau, maka aku terpaksa tangguh kejap. Apa-apa pun, kat sini aku dah selitkan sedikit fakta menarik tentang North London Derby ni. Derby yang paling best dalam alam sarwajagat ni.

1. North London Derby adalah derby yang paling best di EPL berbanding Merseyside Derby dan Manchester Derby. Dalam 31 perlawanan (tak termasuk semalam), hanya sekali saja perlawanan berkesudahan 0 - 0.

2. Dalam sejarah EPL, perlawanan Spurs vs Arsenal adalah perlawanan yang paling banyak sekali seri. Kesimpulannya senang saja, Arsenal skor sebijik lepas tu Spurs balas balik sebijik. Tapi untuk game semalam, Spurs skor sebijik dulu lepas tu Arsenal balas balik sebijik dan Spurs skor sebijik lagi lepas tu Arsenal tak skor-skor balik pun. Tak jumpa lobang nampaknya.

3. Untuk game semalam, Mike Dean yang jadi reff. Mengikut rekod, Arsenal tak pernah menang dalam 8 perlawanan yang melibatkan Dean jadi reff. Kalau campur semalam, jadi 9 la. Bukan hendak salahkan reff. Tapi, commentator semalam pun ada cakap, "Dean's Curse." Pada minit-minit akhir perlawanan semalam, Dean nampaknya menyebelahi Arsenal. Tapi pemain Arsenal gagal memanfaatkan ke'supporting'an reff.

4. Wenger dah 15 tahun dah dekat Arsenal. Dan sepanjang 15 tahun, Spurs tak pernah menamatkan saingan liga di atas Arsenal. Paling hampir pun pada tahun 2006. Tapi sejak akhir-akhir ni Spurs nampaknya boleh jadi Big 4. (Setan Merah, Chelshit, Liverfool, Spurs). Ketepikan Arsenal. Mereka nak berehat dan beri peluang pada team lain (terutamanya Liverpool) beraksi di UCL lak. Liverpool dah lama sangat berehat. Ketepikan juga Money City, selepas Tevez mogok tak nak main. Player yang juga mungkin akan mogok tak nak main. Dan team terus tak perform dan akhirnya relegate.

5. Spurs berjaya memecah rekod 17 tahun tak menang di tempat Arsenal musim lepas. Arsenal kecundang 2 -3. Seperti kesimpulan yang aku buat tadi. Arsenal leading 1st half 2 bijik, second half kena balik 3 bijik. Hancuss.

6. Dalam perlawanan semalam, ramai bookie, pundits, media dan penganalis meletakkan Spurs pilihan untuk menang dan Arsenal sebagai underdog. Sekali-sekala underdog, apa salahnya.

7. Melihat game semalam, Ramsey walaupun dia skor tapi nampaknya dia bakal jadi the new Denilson.

8. Abang Sagna pula out sampai Januari 2012. Injured kena tekel dengan Assou-Ekotto.

9. Ada banner tergantung mengutuk Adebayor tentang serangan ke atas Togo tak lama dulu. Tertulis dalam English dan aku tak ingat apa yang ditulis. Tapi, kalau di translate dalam loghat Kedah mungkin akan jadi macam ni, "Awat la mamat itam Adebayoq tak mampoih masa serangan Togo dulu."

10. Ok, last sekali fakta yang paling menarik. Arsene Wenger cakap sejarah mungkin berulang.




Bila masanya tak tau lagi. Wenger kata tunggu je la.

Mohon Selamat Semuanya

Tahukah anda, tanggal 1 Oktober lalu adalah ulangtahun ke 15 Wenger bersama Arsenal?



Wenger 15 tahun lalu. Masa ni, dia punya taktikal bola sepak memang peeergh!! Sekarang ni ja agak nyanyuk sikit.

Selamat ulang ke 15, Pak Cik Nger.



Jack Wilshere pulak selamat menjadi bapa Sabtu lalu dan menamakan anaknya, Archie Wilshere. Kenapa Archie?? Kenapa tak Amar Wilshere ja?? Aduss..

Kelahiran Archie juga disambut gembira oleh fans Arsenal dan mereka telah melaungkan bahwa Archie bakal menjadi Pemain Kanak-Kanak Terbaik mereka.

Jack pula sempat lagi buat lawak. Katanya, walaupun Archie baru berusia 4 jam tapi dia sudah tahu bahwa Spurs adalah TAIK!

Kalau Spurs adalah TAIK? Arsenal pula apa? Mangkuk jamban?

Apa-apa pun, selamat menjadi bapa Jack. Semakin berat la tanggungjawab lu. 



Spurs pulak selamat membenam Arsenal 2-1 semalam. Alhamdulillah, selamat jugak lu Redknapp. Tapi, selamat tak lama. Nanti kat Emirates, Arsenal rembat lu balik. Sampai cirit.

Lepas habis game, Wenger sempat mengadu pada Redknapp. Katanya, "Wei, team-team lain akan kata team gua sayur sebab kalah dengan team lu."

"Rilek la Nger, ada team lain lagi sayur dari team lu."

"Team mana, Redknapp?"

"Liverpool la. Kena tibai dengan team gua sampai 4 bijik. Lu patut bersyukur la. Lu kena 2 bijik je."

"Cantik la Knapp. Lu bagi gua point nak balas kritikan team-team yang dengki kat gua tu."

"Macam besa la Nger. Dah gua tolong lu. Belanja gua KFC malam ni."

"Ceh, asyik-asyik KFC. Muak der. RFC la pulak."

"Ok2, gua on je."



Sunday 2 October 2011

Liverpool Menang Lagi????

Aduh, cena ni???
Liverpool menang lagi...
Mangsa kali ni ialah Everton...
Chelshit, ManSetan, ManPekan, suma menang....

Tapi....Arsengal @ Arsengeh????


Bulls eye!!!!
Dalglish, aku nak Oligo Ais seperti yang dijanjikan....
Errr....
Capello, aku dah tau saipa ank tak mau lanja Hi-Goat madu tu...
Bukan aku yang order aiq suam tu ok....


p/s: errr, saipa entri aku ni tiba2 jadi hyperlink seniri ekkk????

Thursday 29 September 2011

Carlos TAIKvez

Carlos Tevez bakal dikenakan hukuman oleh pihak pengurusan Man City kerana enggan bermain semasa menentang Bayern Munich.

Bentuk hukuman akan diketahui sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu dan buat permulaan Tevez dilarang ikut serta dalam sesi latihan pasukan.

Tevez telah meminta maaf kepada penyokong Man City tetapi masih belum melakukannya kepada pihak pengurusan dan Mancini.


Gaji nak mahal, main bola malas.

Yang Penting Kita Happy

Minggu ni geng Arsenal nampak ceria ja. Apsal? Owh. Menang dengan Olympiakos. Skuad Setan Merah, Chelshit dan Money City terlepas 3 mata nampaknya. Hehe.. Liverpool? Hehehehe..










"Eh, Adebayor ni menyibuk betoi la. 
Orang syok, dia pun tumpang syok gak. Aaaii.. Geram aku!"

Wednesday 28 September 2011

Tuesday 27 September 2011

Saturday 24 September 2011

Kalaulah Ianya Benar-benar Terjadi

Fakta Menarik Stoke vs Man United

1. Sejak menyertai EPL pada tahun 2008, Stoke City tak pernah meraih walau satu mata pun bila berdepan dengan Man U. Sungguh!

2. Jika Man U menjaringkan 2 gol nanti, Man U akan memintas rekod Newcastle yang menjaringkan 22 gol dalam 6 perlawanan awal (musim 94/95). Setakat ni jumlah jaringan Man U baru 21 gol.

3. Jika berjaya menjaringkan gol, penyerang Stoke, Abang Galah Crouch akan menyamai rekod Les Ferdinand, Craig Bellamy, Andy Cole, Nick Barmby dan Markus Bent yang menjaringkan gol untuk 6 pasukan berbeza dalam liga.

4. Penyerang sensasi Man U, Ramli tidak akan main kerana masalah senggugut.

5. Antara team Big Six, Man U mempunyai rekod paling cemerlang sekali ketika menentang Stoke. Kalau tak caya. Tengok sendiri la kat bawah ni.


6. Rekod paling teruk pula, tak lain tak bukan adalah Liverpool. Dulu punya statement 'nak masuk Champion League pun payah apatah lagi nak menang EPL' patut ditukar jadi 'nak menang dengan Stoke pun payah apatah lagi nak masuk Champion League.' Hampeh!

7. Aku sebenarnya bukan minat pun dengan Man U. Jadi, aku harap Man U akan kalah walaupun depa ada rekod yang cemerlang. Tak kisah la kalah 4 - 0, 15 - 0 atau 1 - 0, janji kalah! Haha!! Seri pun takpa.

Friday 23 September 2011

Match Preview : Arsenal vs Bolton


ARSENAL

Szczesny
Sagna, Mertesacker, Koscielny, Santos
Song, Arteta
Walcott, Ramsey, Gervinho
Van Persie
BOLTON

Jaaskelainen
Ro
binson, Knight, Cahill, Boyata
Eagles, Muamba, Reo-Coker, Petrov
Tu
ncay, Davies



Sabtu, 10 malam waktu Malaysia.

Arsenal, pasukan yang bolos paling banyak (14 kali) akan menentang Bolton, pasukan kedua yang bolos paling banyak (13 kali).

Jadi, game malam esok akan menentukan team mana yang pertahanan dan kipernya paling bangang sekali.


"Woi Syezni, malam sok sapa bolos paling banyak dia memang bangang! Haha.."



"Haiya. Ni busuk punya olang sudah mali maa. Gua mau tido pun talak senang."


Khabarnya, pemain-pemain Arsenal semuanya sudah bersedia untuk mengganas. Tak caya, tanya Gervinho.



"Nanti gua kasi gua punya sengaaattt..."


Dan Song pula, telah pun diberikan amaran agar tak skor gol sendiri lagi.



"Wei Song!! Kalau hang skor gol sendiri, kami tindih hang kaw-kaw punya."


Thursday 22 September 2011

Samurai Berjaya Menyembelih Harimau



"Bola sepak Malaysia takkan maju selagi mereka menggunakan barangan buatan Jepun." 



"Mana ada maa... Kita olang suma pakai barangan buatan Malaysia.. Lagi berkualiti tinggi woo..."



"Owh.. Yaka? Keeper Malaysia sangat-sangat power. Ada darah keturunan Jepun ka?"



"Mano ado!! Kawe ni made in Kelate ok!!"


Monday 19 September 2011

Temubual Bersama Torres





Semua orang dah tahu Man U menang ke atas Chelsea 3 - 1. Semua orang juga dah tahu Torres dah berjaya skor gol kembali. Tapi tak ramai yang tahu pembantu am pejabat Jeritan Gol!!!, Tok Uban yang berada di Old Trafford semalam sempat menemubual Torres.

Sempat lagi Tok Uban ambil cuti dan jalan-jalan makan angin di sana, walaupun beliau dah nak pencen tak lama lagi. Time kerja, kerja la. Time cuti pencen nanti, baru la makan angin puas-puas. Isshhh!! Ni kopi aku sapa nak bancuh!!

...

Tok Uban : Macamana perasaan saudara Torres bila dapat skor gol balik?

Torres : Actually, I was very happy..

Tok Uban : Cakap melayu la bangang! Bajet omputih boleh. Hang tu mai Kuala Nerang ja.

Torres : Ok2. Sori2. Bila boleh skor gol, rasa gembira la. Nak rasa apa lagi kan? Bodoh punya soalan.

Tok Uban : Sukati la nak tanya soalan apa pun. Anda rasa gembira walaupun hakikatnya kelab anda kalah semalam?

Torres : Err.. Saya rasa gembira bila boleh skor gol la. Pasai kalah tu memang rasa sedih. Tapi, saya rasa kalau semalam saya menyarung jersi Liverpool, pasti saya dapat skor 5 6 bijik gol.

Tok Uban : Errmm.. Maksud anda?

Torres : Kalau semalam Man U lawan Liverpool dan saya main untuk Liverpool, saya rasa boleh skor gol banyak lagi la. Bila pakai jersi Liverpool tu, semangat nak skor gol tu lain macam sikit. Dengan Van Der Sar dulu pun senang ja saya ayamkan. Apatah lagi budak David De Gila tu. Power ke? (tangan di dada, mata ke atas.)

Tok Uban : Owwhh.. Baru saya paham maksud anda. Dan sekiranya semalam Man U lawan Arsenal dan anda bermain untuk Arsenal, apa pendapat anda? Boleh skor gol banyak ke?

Torres : Isshh!! Mintak simpang malaikat 44. Tak mau la i!

Tok Uban : Saya just nak mintak pendapat ja, saya pun tak rasa benda ni akan jadi kenyataan pun. Anda tak layak nak main untuk Arsenal sebab anda tak sekacak Sagna.

Torres : Ok la. Pendapat saya, saya pasti akan skor gol. Kalau tak sebijik, mesti dua bijik. Tapi, gol sendiri la. Haha!!

Tok Uban : Eh!! Tak patut anda cakap macam tu!

Torres : Betul la. Dah memang mentaliti player Arsenal semua macam tu. Skor gol sendiri nampak lebih stailo dari skor gol di gawang pihak lawan.

Tok Uban : Issh!! Payah betui cakap dengan hang ni.

Torres : Ni saya nak tanya pulak. Apa bangang sangat mai Old Trafford pakai jersi Arsenal?

Tok Uban : Errr.. Saya.. Saya..

Torres : Aaargghh!!! Bangang! Bangang! Bangang!

Tok Uban : Err.. Chow dulu..


Sunday 18 September 2011

Liverpool Menang Besar Lagi

Akhirnya, Liverpool berjaya menang ke atas Tottenham...
Sememangnya White Hart Lane membawa badi kepada pasukan Liverpool...
Buktinya, Liverpool kecundang 4-0...

Hasil jaringan Uncle Adebayor dua bijik, dengan Defoe dan Modric sorang sebijik...





Tenks sangat2 Pepe Reina. Nanti aku lanja sirap bandung.


Hehe...aku pulak nak lanja Skrtel Radix ais sebab aku melawak ja suruh dia ambik kad merah malam tu...


Nasib tak pi Chelseaq. Kalau pi Chelseaq ritu, tak sempat nak boh gol dengan Liverpool kot tadi....


Errr...Sorry Dalglish, I try my best dah tapi dengan bermain 9 orang susah dowh...
Game pasni, siap la...
Sempena Syawal lagi ni, harap Dalglish maafkan Suarez okay....

p/s: aku tetap sokong Liverpool..yeyeah... =)


1 Arsenal

Masalah utama benteng Arsenal adalah masalah komunikasi.



"Mertesacker, réciter une prière avant de jouer au football."

(Mertesacker, kalau nak main cun kenalah baca doa sebelum game start."




"Koscielny, ich verstehe nicht was du meinst."

(Koscielny, aku tak paham la padia hang dok merapu ni.)





"Santosss!!! Bardzo niebezpieczny gracz."

(Santosss!!! Tu player tu hang jaga betoi-betoi.)




"Espera un poco."

(Sabaq la sat.)


"Walaupun setiap dari kita mempunyai latar belakang, bahasa dan budaya yang berbeza. Tapi, kita harus bersatu. Saatuuuuuuuuuuu!!!! Arsenal! Saatuuuuuuuuuuuuu!!!! Arsenal! Saatuuuuuuuuuuu!!!! Arsenal!"

- Arsene Wenger, pengasas ideologi 1 Arsenal 
yang kemudiannya ditiru Pak Najib dan diubah menjadi 1 Malaysia -