Monday 3 October 2011

Sebelum Dan Selepas North London Derby

Ok. Sebenarnya aku nak post tentang North London Derby sebelum game ni bermula lagi. Tapi akibat kesibukan duniawi yang melampau, maka aku terpaksa tangguh kejap. Apa-apa pun, kat sini aku dah selitkan sedikit fakta menarik tentang North London Derby ni. Derby yang paling best dalam alam sarwajagat ni.

1. North London Derby adalah derby yang paling best di EPL berbanding Merseyside Derby dan Manchester Derby. Dalam 31 perlawanan (tak termasuk semalam), hanya sekali saja perlawanan berkesudahan 0 - 0.

2. Dalam sejarah EPL, perlawanan Spurs vs Arsenal adalah perlawanan yang paling banyak sekali seri. Kesimpulannya senang saja, Arsenal skor sebijik lepas tu Spurs balas balik sebijik. Tapi untuk game semalam, Spurs skor sebijik dulu lepas tu Arsenal balas balik sebijik dan Spurs skor sebijik lagi lepas tu Arsenal tak skor-skor balik pun. Tak jumpa lobang nampaknya.

3. Untuk game semalam, Mike Dean yang jadi reff. Mengikut rekod, Arsenal tak pernah menang dalam 8 perlawanan yang melibatkan Dean jadi reff. Kalau campur semalam, jadi 9 la. Bukan hendak salahkan reff. Tapi, commentator semalam pun ada cakap, "Dean's Curse." Pada minit-minit akhir perlawanan semalam, Dean nampaknya menyebelahi Arsenal. Tapi pemain Arsenal gagal memanfaatkan ke'supporting'an reff.

4. Wenger dah 15 tahun dah dekat Arsenal. Dan sepanjang 15 tahun, Spurs tak pernah menamatkan saingan liga di atas Arsenal. Paling hampir pun pada tahun 2006. Tapi sejak akhir-akhir ni Spurs nampaknya boleh jadi Big 4. (Setan Merah, Chelshit, Liverfool, Spurs). Ketepikan Arsenal. Mereka nak berehat dan beri peluang pada team lain (terutamanya Liverpool) beraksi di UCL lak. Liverpool dah lama sangat berehat. Ketepikan juga Money City, selepas Tevez mogok tak nak main. Player yang juga mungkin akan mogok tak nak main. Dan team terus tak perform dan akhirnya relegate.

5. Spurs berjaya memecah rekod 17 tahun tak menang di tempat Arsenal musim lepas. Arsenal kecundang 2 -3. Seperti kesimpulan yang aku buat tadi. Arsenal leading 1st half 2 bijik, second half kena balik 3 bijik. Hancuss.

6. Dalam perlawanan semalam, ramai bookie, pundits, media dan penganalis meletakkan Spurs pilihan untuk menang dan Arsenal sebagai underdog. Sekali-sekala underdog, apa salahnya.

7. Melihat game semalam, Ramsey walaupun dia skor tapi nampaknya dia bakal jadi the new Denilson.

8. Abang Sagna pula out sampai Januari 2012. Injured kena tekel dengan Assou-Ekotto.

9. Ada banner tergantung mengutuk Adebayor tentang serangan ke atas Togo tak lama dulu. Tertulis dalam English dan aku tak ingat apa yang ditulis. Tapi, kalau di translate dalam loghat Kedah mungkin akan jadi macam ni, "Awat la mamat itam Adebayoq tak mampoih masa serangan Togo dulu."

10. Ok, last sekali fakta yang paling menarik. Arsene Wenger cakap sejarah mungkin berulang.




Bila masanya tak tau lagi. Wenger kata tunggu je la.

2 comments:

  1. umpama mimpi didalam mimpi....haha

    ReplyDelete
  2. mimpi arsenal bru masuk montage logo warner bros la broo.. liverpool mimpi lg lma.. klimaks pn xmasuk lg.. apatah lg ending.. hahaha

    ReplyDelete