Wednesday 31 August 2011

Hari Penuh Gembira Buat Peminat Arsenal


Alhamdulillah, Arsene Wenger telah berjaya menggunakan otaknya untuk shopping sakan dengan menggunakan duit raya pemberian BOD. 3 pemain baru telah berjaya dibeli dan akan ada 2 3 orang lagi akan datang menyusul.

Memperkenalkan pembelian pertama, saudara Park Chu Young!!

 



- Park Chu Young atau Park Joo Young
- Kapten Korea Selatan
- Bekas striker AS Monaco
- Bekas pemain muda terbaik Asia 2004
- Berumur 26 tahun
- Harganya 3M saja
- Lebih mesra dikenali sebagai Pak Cu Muda
- Memakai no. 9, nombor yang ditinggalkan oleh arwah Eduardo
- Adik tiri Park Ji-Sung


Harap-harap kedatangan beliau dapat mengubat duka lara peminat Arsenal memandangkan beliau mempunyai IQ yang lebih tinggi dari saudara Chamakh dan saudara Bendtner. Dan orang Korea memang terkenal dengan semangat kuat dan usaha gigih di atas padang.



Memperkenalkan pembelian kedua pula iaitu, saudara Andres Santos!!





- Bekas left-back Fenerbahce
- 22 cap international untuk Brazil
- Berumur 28 tahun
- Defensive element yang lebih power dari arwah Clichy
- Gol pun lebih banyak dari arwah Clichy
- Memakai jersi no.11, bekas no. Vela yang dipinjamkan ke Real Sociedad
- Harganya 6.5M saja

Setelah mengalami kekalahan yang memalukan, 2 -8 kepada Man Utd, si Armand Traore telah membungkus pakaian dan cabut lari ke QPR. Arsene Wenger yang melihat kejadian itu tidak memarahinya sepertimana si ibu memarahi anak yang nak lari keluar rumah dalam drama Melayu.

"Kalau engkau pergi dari sini, jangan harap engkau boleh datang balik."

Wenger tak marah sebab dia dah ada backup plan. Waktu itu, Fenerbahce dikatakan mahu lepaskan Andres Santos. Diharap beliau juga akan menjadi pembelian yang bagus dan berbaloi.



Dan memperkenalkan pembelian terakhir iaitu, saudara Per Mertasacker!!





- Kapten Werder Bremen
- Dibeli dengan harga 10M saja
- Abang Galah Jerman
- Pernah beraksi di Europa League Final 2009
- Berumur 26 tahun
- "Vermaetersacker" (Vermaelen + Mertesacker)
- 75 cap international untuk Jerman

Arsene Wenger dikhabarkan merajuk dengan Bolton sebab melambat-lambat urusan perniagaan Gary Cahill walaupun Arsenal telah offer 12M. Jadi, untuk mengubat hati yang luka Wenger saja try bid Mertesacker. Alhamdulillah, senang diperolehi dan juga murah.



Arsene Wenger dijanngka akan menghabiskan duit raya dengan membeli Alex, Yossi Benayoun, Gary Cahill, Eden Hazard, Yann M`Vila, Mikel Arteta dan Florent Malouda. Di dalam semua list ni, kemungkin besar akan masuk hanya 2 orang player. Kalau lebih tu,alhamdulillah.

Alhamdulillah, Arsene Wenger telah pun berubah dari seorang pak cik tua berjimat-cermat menjadi seorang pak cik tua yang boros. Diharapkan dengan semua pembelian ini, Arsenal akan berubah menjadi pasukan bolasepak paling kuat di alam semesta.

Tuesday 30 August 2011

Syawal Yang Mulia


"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Raya pertama nanti, mai la open house rumah saya. Ada baca doa selamat dan kenduri kesyukuran. Sempena menang dengan Arsenal ritu. Hehe. Kena lauk. Bukan lauk biasa ni. Rendang Arsenal, lauk sempena raya. Hehe.."




"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin especially kepada penyokong Arsenal. Tahun ni saya tak buat open house. Budget tak cukup. Duit belanja untuk kuih raya, baju raya, songkok, bunga api dan mercun bawang terpaksa saya guna untuk beli player baru."



Monday 29 August 2011

EPL Gangster


Ajib Ferguson : Amacam bro, 8 bijik?? Besssttt??

Malek Wenger : Game dah abis bro.




"Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini EPL gua pegang.

-Shark Mancini-




"Korang semua nak makan pasir, makan lumut. Aku nak makan sardin cap Ayam Brand."

-Jai Dalglish-




"Lawan aku bukan 2 team, tapi 20 team."

-Fadil Redknapp-




"Sekarang mau kasi langgar Man Utd punya Old Trafford la, baru syyiiookk."

-Dragon Villas-Boas-



Sunday 28 August 2011

Senarai Juara EPL

Senarai Juara EPL

1992-93 Manchester United
1993-94 Manchester United
1994-95 Blackburn Rovers
1995-96 Manchester United
1996-97 Manchester United
1997-98 Arsenal
1998-99 Manchester United
1999-00 Manchester United
2000-01 Manchester United
2001-02 Arsenal
2002-03 Manchester United
2003-04 Arsenal
2004-05 Chelsea
2005-06 Chelsea
2006-07 Manchester United
2007-08 Manchester United
2008-09 Manchester United
2009-10 Chelsea
2010-11 Manchester United

Manchester United, kali terakhir menjadi juara EPL pada tahun 2010-2011
Chelsea, kali terakhir menjadi juara EPL pada tahun 2009-2010
Arsenal, kali terakhir menjadi juara EPL pada zaman blackberry masih dikenali sebagai buah. Liverpool? Gua malas nak cerita la.