Wednesday 14 September 2011

Champion Bundesliga Seri Dengan Bekas Champion EPL

Arsenal seri 1-1 dengan Borussia Dortmund?? Ada apa hal?? Borussia Dortmund tu Champion Bundesliga la season lepas. Team yang sangat-sangat-sangat kuat. Sepatutnya, dengan berstatus champion, maka Borussia Dortmund dah boleh ratah Arsenal sepuas-sepuasnya. Tapi, ini tidak! Arsenal tetap liat jugak untuk diratah.

Arsenal yang berstatus bekas Champion EPL bermain dengan penuh semangat dan bertenaga. Maklumlah, tidak mahu memalukan kaum EPL yang lain terutamanya suku etnik Liverpool. Yela. Liverpool bekas juara UCL 5 kali tak bertanding kali ini. Suku etnik Liverpool nak sokong sapa lagi? Man U?? Musuh ketat tu. Chelsea?? Ada Nando Torres si pengkhianat Liverpool. Man City?? Ptuuih! Sampah tu.

Nak sokong Barcelona?? Takkan sanggup jadi pengkhianat kaum sendiri dengan menyokong kaum La Liga yang tak guna tu kot??


"Ishh, cepat la skor."


"Barrrrrua! Awat hang ni??"


"Hmm. Kali ni mesti gol."


"Yeaayy!! Gol!!"


"Alhamdulillah. Gol jugak akhirnya."


"Ishh. Jaga-jaga. Bahaya tu!"


"Haha!! Takkan boleh lepas dengan aku laa."


"Fuuhh!! Lega."


"Hah! Tuuuudia! Gol lagi!"


"Yeaay!! Gol!!"


"Ceh! Team aku yang kena rupanya."


"Aduhh!! Camna boleh seri ni??"


"Hello, Pak Weng. Koscielny nak pengsan ni. Dia tak caya team kita bole seri."

"Hang habaq kat dia. Jangan risau. Nanti depa mai Emirates, depa sakit!"


2 comments:

  1. liverpool kena hntam teruk ni...
    xleh dibiarkan cm ni...haha

    ReplyDelete
  2. hahaha.. mna dia serangan balas dari suku etnik liverpool..

    ReplyDelete