Saturday 24 September 2011

Fakta Menarik Stoke vs Man United

1. Sejak menyertai EPL pada tahun 2008, Stoke City tak pernah meraih walau satu mata pun bila berdepan dengan Man U. Sungguh!

2. Jika Man U menjaringkan 2 gol nanti, Man U akan memintas rekod Newcastle yang menjaringkan 22 gol dalam 6 perlawanan awal (musim 94/95). Setakat ni jumlah jaringan Man U baru 21 gol.

3. Jika berjaya menjaringkan gol, penyerang Stoke, Abang Galah Crouch akan menyamai rekod Les Ferdinand, Craig Bellamy, Andy Cole, Nick Barmby dan Markus Bent yang menjaringkan gol untuk 6 pasukan berbeza dalam liga.

4. Penyerang sensasi Man U, Ramli tidak akan main kerana masalah senggugut.

5. Antara team Big Six, Man U mempunyai rekod paling cemerlang sekali ketika menentang Stoke. Kalau tak caya. Tengok sendiri la kat bawah ni.


6. Rekod paling teruk pula, tak lain tak bukan adalah Liverpool. Dulu punya statement 'nak masuk Champion League pun payah apatah lagi nak menang EPL' patut ditukar jadi 'nak menang dengan Stoke pun payah apatah lagi nak masuk Champion League.' Hampeh!

7. Aku sebenarnya bukan minat pun dengan Man U. Jadi, aku harap Man U akan kalah walaupun depa ada rekod yang cemerlang. Tak kisah la kalah 4 - 0, 15 - 0 atau 1 - 0, janji kalah! Haha!! Seri pun takpa.

No comments:

Post a Comment