Thursday 29 September 2011

Carlos TAIKvez

Carlos Tevez bakal dikenakan hukuman oleh pihak pengurusan Man City kerana enggan bermain semasa menentang Bayern Munich.

Bentuk hukuman akan diketahui sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu dan buat permulaan Tevez dilarang ikut serta dalam sesi latihan pasukan.

Tevez telah meminta maaf kepada penyokong Man City tetapi masih belum melakukannya kepada pihak pengurusan dan Mancini.


Gaji nak mahal, main bola malas.

Yang Penting Kita Happy

Minggu ni geng Arsenal nampak ceria ja. Apsal? Owh. Menang dengan Olympiakos. Skuad Setan Merah, Chelshit dan Money City terlepas 3 mata nampaknya. Hehe.. Liverpool? Hehehehe..










"Eh, Adebayor ni menyibuk betoi la. 
Orang syok, dia pun tumpang syok gak. Aaaii.. Geram aku!"

Wednesday 28 September 2011

Tuesday 27 September 2011

Saturday 24 September 2011

Kalaulah Ianya Benar-benar Terjadi

Fakta Menarik Stoke vs Man United

1. Sejak menyertai EPL pada tahun 2008, Stoke City tak pernah meraih walau satu mata pun bila berdepan dengan Man U. Sungguh!

2. Jika Man U menjaringkan 2 gol nanti, Man U akan memintas rekod Newcastle yang menjaringkan 22 gol dalam 6 perlawanan awal (musim 94/95). Setakat ni jumlah jaringan Man U baru 21 gol.

3. Jika berjaya menjaringkan gol, penyerang Stoke, Abang Galah Crouch akan menyamai rekod Les Ferdinand, Craig Bellamy, Andy Cole, Nick Barmby dan Markus Bent yang menjaringkan gol untuk 6 pasukan berbeza dalam liga.

4. Penyerang sensasi Man U, Ramli tidak akan main kerana masalah senggugut.

5. Antara team Big Six, Man U mempunyai rekod paling cemerlang sekali ketika menentang Stoke. Kalau tak caya. Tengok sendiri la kat bawah ni.


6. Rekod paling teruk pula, tak lain tak bukan adalah Liverpool. Dulu punya statement 'nak masuk Champion League pun payah apatah lagi nak menang EPL' patut ditukar jadi 'nak menang dengan Stoke pun payah apatah lagi nak masuk Champion League.' Hampeh!

7. Aku sebenarnya bukan minat pun dengan Man U. Jadi, aku harap Man U akan kalah walaupun depa ada rekod yang cemerlang. Tak kisah la kalah 4 - 0, 15 - 0 atau 1 - 0, janji kalah! Haha!! Seri pun takpa.

Friday 23 September 2011

Match Preview : Arsenal vs Bolton


ARSENAL

Szczesny
Sagna, Mertesacker, Koscielny, Santos
Song, Arteta
Walcott, Ramsey, Gervinho
Van Persie
BOLTON

Jaaskelainen
Ro
binson, Knight, Cahill, Boyata
Eagles, Muamba, Reo-Coker, Petrov
Tu
ncay, Davies



Sabtu, 10 malam waktu Malaysia.

Arsenal, pasukan yang bolos paling banyak (14 kali) akan menentang Bolton, pasukan kedua yang bolos paling banyak (13 kali).

Jadi, game malam esok akan menentukan team mana yang pertahanan dan kipernya paling bangang sekali.


"Woi Syezni, malam sok sapa bolos paling banyak dia memang bangang! Haha.."



"Haiya. Ni busuk punya olang sudah mali maa. Gua mau tido pun talak senang."


Khabarnya, pemain-pemain Arsenal semuanya sudah bersedia untuk mengganas. Tak caya, tanya Gervinho.



"Nanti gua kasi gua punya sengaaattt..."


Dan Song pula, telah pun diberikan amaran agar tak skor gol sendiri lagi.



"Wei Song!! Kalau hang skor gol sendiri, kami tindih hang kaw-kaw punya."


Thursday 22 September 2011

Samurai Berjaya Menyembelih Harimau



"Bola sepak Malaysia takkan maju selagi mereka menggunakan barangan buatan Jepun." 



"Mana ada maa... Kita olang suma pakai barangan buatan Malaysia.. Lagi berkualiti tinggi woo..."



"Owh.. Yaka? Keeper Malaysia sangat-sangat power. Ada darah keturunan Jepun ka?"



"Mano ado!! Kawe ni made in Kelate ok!!"


Monday 19 September 2011

Temubual Bersama Torres





Semua orang dah tahu Man U menang ke atas Chelsea 3 - 1. Semua orang juga dah tahu Torres dah berjaya skor gol kembali. Tapi tak ramai yang tahu pembantu am pejabat Jeritan Gol!!!, Tok Uban yang berada di Old Trafford semalam sempat menemubual Torres.

Sempat lagi Tok Uban ambil cuti dan jalan-jalan makan angin di sana, walaupun beliau dah nak pencen tak lama lagi. Time kerja, kerja la. Time cuti pencen nanti, baru la makan angin puas-puas. Isshhh!! Ni kopi aku sapa nak bancuh!!

...

Tok Uban : Macamana perasaan saudara Torres bila dapat skor gol balik?

Torres : Actually, I was very happy..

Tok Uban : Cakap melayu la bangang! Bajet omputih boleh. Hang tu mai Kuala Nerang ja.

Torres : Ok2. Sori2. Bila boleh skor gol, rasa gembira la. Nak rasa apa lagi kan? Bodoh punya soalan.

Tok Uban : Sukati la nak tanya soalan apa pun. Anda rasa gembira walaupun hakikatnya kelab anda kalah semalam?

Torres : Err.. Saya rasa gembira bila boleh skor gol la. Pasai kalah tu memang rasa sedih. Tapi, saya rasa kalau semalam saya menyarung jersi Liverpool, pasti saya dapat skor 5 6 bijik gol.

Tok Uban : Errmm.. Maksud anda?

Torres : Kalau semalam Man U lawan Liverpool dan saya main untuk Liverpool, saya rasa boleh skor gol banyak lagi la. Bila pakai jersi Liverpool tu, semangat nak skor gol tu lain macam sikit. Dengan Van Der Sar dulu pun senang ja saya ayamkan. Apatah lagi budak David De Gila tu. Power ke? (tangan di dada, mata ke atas.)

Tok Uban : Owwhh.. Baru saya paham maksud anda. Dan sekiranya semalam Man U lawan Arsenal dan anda bermain untuk Arsenal, apa pendapat anda? Boleh skor gol banyak ke?

Torres : Isshh!! Mintak simpang malaikat 44. Tak mau la i!

Tok Uban : Saya just nak mintak pendapat ja, saya pun tak rasa benda ni akan jadi kenyataan pun. Anda tak layak nak main untuk Arsenal sebab anda tak sekacak Sagna.

Torres : Ok la. Pendapat saya, saya pasti akan skor gol. Kalau tak sebijik, mesti dua bijik. Tapi, gol sendiri la. Haha!!

Tok Uban : Eh!! Tak patut anda cakap macam tu!

Torres : Betul la. Dah memang mentaliti player Arsenal semua macam tu. Skor gol sendiri nampak lebih stailo dari skor gol di gawang pihak lawan.

Tok Uban : Issh!! Payah betui cakap dengan hang ni.

Torres : Ni saya nak tanya pulak. Apa bangang sangat mai Old Trafford pakai jersi Arsenal?

Tok Uban : Errr.. Saya.. Saya..

Torres : Aaargghh!!! Bangang! Bangang! Bangang!

Tok Uban : Err.. Chow dulu..


Sunday 18 September 2011

Liverpool Menang Besar Lagi

Akhirnya, Liverpool berjaya menang ke atas Tottenham...
Sememangnya White Hart Lane membawa badi kepada pasukan Liverpool...
Buktinya, Liverpool kecundang 4-0...

Hasil jaringan Uncle Adebayor dua bijik, dengan Defoe dan Modric sorang sebijik...





Tenks sangat2 Pepe Reina. Nanti aku lanja sirap bandung.


Hehe...aku pulak nak lanja Skrtel Radix ais sebab aku melawak ja suruh dia ambik kad merah malam tu...


Nasib tak pi Chelseaq. Kalau pi Chelseaq ritu, tak sempat nak boh gol dengan Liverpool kot tadi....


Errr...Sorry Dalglish, I try my best dah tapi dengan bermain 9 orang susah dowh...
Game pasni, siap la...
Sempena Syawal lagi ni, harap Dalglish maafkan Suarez okay....

p/s: aku tetap sokong Liverpool..yeyeah... =)


1 Arsenal

Masalah utama benteng Arsenal adalah masalah komunikasi.



"Mertesacker, réciter une prière avant de jouer au football."

(Mertesacker, kalau nak main cun kenalah baca doa sebelum game start."




"Koscielny, ich verstehe nicht was du meinst."

(Koscielny, aku tak paham la padia hang dok merapu ni.)





"Santosss!!! Bardzo niebezpieczny gracz."

(Santosss!!! Tu player tu hang jaga betoi-betoi.)




"Espera un poco."

(Sabaq la sat.)


"Walaupun setiap dari kita mempunyai latar belakang, bahasa dan budaya yang berbeza. Tapi, kita harus bersatu. Saatuuuuuuuuuuu!!!! Arsenal! Saatuuuuuuuuuuuuu!!!! Arsenal! Saatuuuuuuuuuuu!!!! Arsenal!"

- Arsene Wenger, pengasas ideologi 1 Arsenal 
yang kemudiannya ditiru Pak Najib dan diubah menjadi 1 Malaysia - 

Menang Dengan Arsenal Umpama Menang Liga




"Walaupun saya tak pindah pi Arsenal. Tapi saya rasa malam tu macam main untuk Arsenal ja. Sungguh!"

- Chris Samba -



"Betoi tu Ba. Terima kasih laa Song dan Koscielny sebab support kami. Kalau hang pa dua takda, memang kami tak boleh pi jauh la."

- Scott Dann - 


Apa Celop...

haha..aku taw blackburn bekas juara epl..
aku taw blackburn mmg power dari arsenal
aku taw arsenal hanya sebuah kelab kanak2..

Friday 16 September 2011

David Beckham Malaysia


Berita dari akhbar Wales


"Cardiff City FC sudahpun berangkat ke Newport, utara England utk perlawanan liga menentang Blackpool, perlawanan ketujuh mrk. Safee tidak ikut serta tetapi dikehendaki teruskan latihan dan rehat. Hari ini akan ditemani oleh rakan sy Dr Azam bersiar2 di sekitar bandar Cardiff. Smlm dpt peluang makan di restoran halal. Latihan akan bersambung esok."

dipetik dari






Kami pihak Jeritan Gol mengucapkan selamat berjaya buat Safee Sali dalam mencuba nasib di negeri orang. Dan berharap anda tidak akan memiliki nasib yang serupa seperti insan di bawah ini :


Setelah bertahun-tahun mencuba nasib di negeri orang




Akhirnya pulang mencuba nasib di negeri sendiri.

Thursday 15 September 2011

Gila Betol Arsengal...


ampa pakat tengok sampai nama ank pon pakai boh ja xfikir banyak dah.,,.
xislam pulak tu..
isk2...

Beckham Akan Ke QPR

Berita dari Loftus Road, QPR dijangka akan membida untuk membeli Beckham sebab contract Beck dengan La Galaxy hanya tinggal 2 bulan ja lagi....




Dengan ini saya mengisytiharkan berminat untuk membida Beckham untuk musim perpindahan Januari nanti


Errr...Tony Suarez, eh silap, Tony Fernandes, ko biar betul??? Beckham kot...cukup ka ongkos nak beli Beckham tu???


Tony Suarez...eh, silap gak...Tony Fernandes, ko nak aku g kelab QPR kau tu ke??? Aku rasa cam mimpi jadi realiti la pulak... Aku on ja, pucuk dicita ulam mendatang la orang kata...



Camtu la Beckham, nanti aku sponsor la tiker AirAsia klas ekonomi punya seumur hidup ko...



WTF!!!!!
Aku pun nak gak tiket ekonomi tu Tony nya pun adoi.... (pelat ah chai)



Errr...aku Beckham ka ko yang Beckham...Ko sedar diri skit, ko tu Neil Warnock..
Jadi, tiket ekonomi tu untuk aku dgn Victoria ja ok...








Torres Power!


Dapatkah Chelsea mampu menyekat kepoweran Manchester United?? Soalan ni kena tanya pada Torres.



Ferdinand : Haha!! Bangang! Skor gol pun tak reti.

Torres : Penendang mau??

Terry : Err.. Betoi pa yang dia cakap tu.


Wednesday 14 September 2011

Champion Bundesliga Seri Dengan Bekas Champion EPL

Arsenal seri 1-1 dengan Borussia Dortmund?? Ada apa hal?? Borussia Dortmund tu Champion Bundesliga la season lepas. Team yang sangat-sangat-sangat kuat. Sepatutnya, dengan berstatus champion, maka Borussia Dortmund dah boleh ratah Arsenal sepuas-sepuasnya. Tapi, ini tidak! Arsenal tetap liat jugak untuk diratah.

Arsenal yang berstatus bekas Champion EPL bermain dengan penuh semangat dan bertenaga. Maklumlah, tidak mahu memalukan kaum EPL yang lain terutamanya suku etnik Liverpool. Yela. Liverpool bekas juara UCL 5 kali tak bertanding kali ini. Suku etnik Liverpool nak sokong sapa lagi? Man U?? Musuh ketat tu. Chelsea?? Ada Nando Torres si pengkhianat Liverpool. Man City?? Ptuuih! Sampah tu.

Nak sokong Barcelona?? Takkan sanggup jadi pengkhianat kaum sendiri dengan menyokong kaum La Liga yang tak guna tu kot??


"Ishh, cepat la skor."


"Barrrrrua! Awat hang ni??"


"Hmm. Kali ni mesti gol."


"Yeaayy!! Gol!!"


"Alhamdulillah. Gol jugak akhirnya."


"Ishh. Jaga-jaga. Bahaya tu!"


"Haha!! Takkan boleh lepas dengan aku laa."


"Fuuhh!! Lega."


"Hah! Tuuuudia! Gol lagi!"


"Yeaay!! Gol!!"


"Ceh! Team aku yang kena rupanya."


"Aduhh!! Camna boleh seri ni??"


"Hello, Pak Weng. Koscielny nak pengsan ni. Dia tak caya team kita bole seri."

"Hang habaq kat dia. Jangan risau. Nanti depa mai Emirates, depa sakit!"