Tuesday 25 October 2011

Man United Kalah, Pak Najib Kecewa


Ramai peminat bola sepak Inggeris gembira melihat Manchester United diperbudak-budakkan oleh Manchester City 1-6 di laman sendiri.

Kebanyakkan yang gembira adalah dari kalangan peminat iaitu Chelsea, Liverpool dan Arsenal dan bukannya dari kalangan peminat Manchester City.

Tapi, sejak peristiwa kekalahan, ramai pulak yang mengaku fans sejati Manchester City sejak dulu lagi.

"Kawe dulu minak Klate. Tapi, doh Klate kaloh Piala Malaysia. Kawe sero nok sokong Man City pulok deh!" kata seorang kawan saya yang hanya mahu dikenali sebagai Pokjak.

"Aku pulak tak macam dia ni. Aku sokong Man City dari aku kecik sampai la aku besaq. Idola aku semestinya Mario Butatuli dan Sergio Ramos (tersilap sebut, sebenarnya Sergio Aguero.)" seorang lagi kawan saya bernama Zultaib cuba menyampuk.

Kekecewaan fans Man United bertambah lagi apabila mereka mendapat tahu bahawa Pak Najib juga turut serta menonton perlawanan tersebut. Malah, dia juga turut mengajak orang ramai menonton dan menikmati 'kehebatan' Man United di kediaman beliau.


"Saya kecewa Man United kalah besar. Tapi, saya lagi kecewa bila dapat tahu Pak Najib turut tengok game malam tu. Ni suma Najib punya pasal!!!" luah seorang mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Ojak dengan nada kecewa.

Apa-apa pun, budak yang bersalam dengan Pak Najib ni memang terbaik. Beliau nampaknya sedang menganjing Pak Najib.


"Abang Jib, kalau abang Jib jerit SATUUUUUUU!!! Saya akan jawab ENAAAAMMMM!!!!!"

No comments:

Post a Comment