Thursday 1 September 2011

8 Trivia Menarik Man United vs Arsenal

1. Perlawanan berlangsung pada 28.8.2011

2. Arsenal telahpun kehilangan pemain no.8, Samir Nasri yang dah lari ikut Pak Arab kaya.

3. Pemain no. 8 Man United, Anderson berjaya melihat secara live bola free kick Wayne Rooney menerjah gawang Arsenal.

4. 8 tonggak utama Arsenal - Vermaelen, Sagna, Song, Frimpong, Wilshere, Gervinho, Diaby dan Gibbs - tak dapat bermain pada perlawanan tersebut akibat kecederaan dan pergantungan.

5. Melihat prestasi Man United pada perlawanan tersebut, lepas ni mungkin Man United akan memenangi EPL sebanyak 8 kali berturut-turut.

6. Melihat prestasi Arsenal pula, lepas ni nak menang 8 perlawanan berturut-turut pun nampak macam payah. Apa tah lagi kalau nak menang EPL.

7. Arsenal nampak macam bakal ketandusan piala lagi selama 8 tahun berturut-turut.

8. Setiap malam, Chamakh, Sagna dan Van Persie buat terawih 20 rakaat. Tapi malam tu, depa buat 8 rakaat saja. Letih kot kena buli dengan Man United.

P/S : Kalau terjumpa sesiapa memakai jersi Arsenal di atas jalan raya, sila hon sebanyak 8 kali sebagai tanda hormat.

2 comments: